Twitter Blue mula dilancarkan minggu depan, dengan bayaran bulanan lapan dolar Amerika bagi langganan menerusi sesawang, manakala langganan iOS, 11 dolar Amerika.<br /><br />Ciri berbayar termasuk tanda semak biru, keupayaan menyunting ciapan, memuat naik video berkualiti tinggi dan paparan mod pembaca.
